BLOG BASEOCODE #1


OWNER;
ssup

LETAK JE BIO AWAK KAT SINI . IMAGE ATAS TU BOLEH TUKAR OK

Choose;
Navigation

HOME AUTHOR TUTORIALS FOLLOW+


Chatting;
lets chat!

LETAK CODE CBOX ANDA DISINI

Memory;
past or future?

Credit;
Look! who helping me a lot!

© 6 MAY 2014 - Basecode by UHBMY Cute icon from Pixel. Skins by UHBMY.
CERPEN 1(Aisyah)
Sabtu, 7 Februari 2015 | 0 Comments

Aku terduduk diam.Terfikir semula sebutir-sebutir perkataan yang keluar dari mulut Faeza di sekolah sebelum pulang ke rumah tadi."Kau tu sampah.Sebab tu semua tak suka kat kau.Kau kena sedar perangai kau macam mana.Sebijik macam sampah. Jijik orang pandang."

Aqila pula "Kau depan leaki mulalah tergedik-gedik.Mana attitude kau yang dulu?Yang sopan.Pemalu .Itulah kau yang sebenarnya.Oh baru aku sedar.Patutlah kawan-kawan kau yang lain semua lari sebab perangai kau serupa binatang!

Pedih.Sangat pedih.Aku memejamkan mata ku seketika.Kemudian merebahkan diri ke katil.Memandang syiling berwarna putih.Argh!Otak ku bercelaru! Aku mengambil mp3 yang berada di dalam laci.Mendengar seketika zikir-zikir yang aku 'download' satu ketika dulu.Satu seketika dulu.Ya Allah baru aku tersedar.Jauh sangat aku terpesong dari ajaran mu Ya Allah.Aku sudah banyak berubah.Solat yang kadang-kadang aku memandang ringan aku tinggalkan.Kadang-kadang aku melupakan mu.

Aku menarik earphone di telinga dan pergi mengambil wudu' untuk bersujud di hadapan Allah.
........................................

Usai selesai menunaikan solat,aku bersiap-siap pergi ke pantai yang terletak 1 kilometer dari rumahku.Aku pergi dengan menaiki basikalku.

Tiba di sana.Aku teringat perkara yang berlaku 6 tahun lepas.Aku bersama-sama dengan rakan-rakan karibku selalu pergi ke sini untuk bersiar-siar.

"Nanti bila aku dah pindah,aku takut korang akan lupa aku.Korang dah tak tegur aku macam selalu.Tempat lepak kita pon entah-entah korang akan lupa.Tapi aku tak nak lah bila aku tak ada nanti,kau orang berubah bila dah tak dengar nasihat dari aku.Aku takut kita semua berubah" Teringat kata-kata Aisyah.Mereka tak berubah.Tapi aku!Ak yang lain sejak dapat tahu Aisyah meninggalkan kami buat selama-lamanya kerana kemalangan.Aku sayang dia.Faeza dan Aqila pula dah tak layan aku sekarang.

Aku tersedar yang aku berubah.Aku berubah kerana Aisyah.Kerana aku rindu Aisyah.Aku rindu suara dia.Aku rindu ketawa dia.Aku rindu semuanya tentang dia.Aku harap suatu hari aku akan dapat jumpa dia.Jumpa dia di padang Mahsyar nanti.

Aku terpandang sepohon pokok di sebelah pondok usang.Pokok dimana kami meluahkan perasaan.Mencatat ketidakpuasan hati dengan mengikis batang pokok itu.Aku pergi ke arah itu.

Aku lihat terdapat sebuah kotak yang isinya berhelai-helai kertas yang sedikit uzur dibawah pondok usang itu.Pondok usang yang kami bina bersama-sama.Aku membaca satu persatu isi kertas itu.

"Anierah,21 April 2009.
Hari ni aku gembira sangat kerana aku,Aisyah,Faeza dan Aqila berjaya membuat pondok kecil untuk kami bermain bersama.Ia salah satu tanda mercu persahabatan kami.Di sebelah pondok itu,terdapat sepohon pokok yang rendang.Sanggat redup untuk kami meletakkan basikal kami.Memang jujur aku katakan,memang aku gembira mempunyai teman seperti mereka.Semoga kami kekal Ya Allah."

Aku tergelak kecil.Anierah itu aku.Masa itu kami berempat baru berusia 12 tahun.

Aku mengambil kertas yang terdapat nama Faeza pula.Lantas aku membaca.

"Faeza,29 Julai 2009"
Hari ni aku penat sedikit kerana baru pulang dari kelas tambahan yang cikgu buat di sekolah.Masa waktu rehat,kami berempat makan bersama sambil gossip yang entah apa-apa.haha memang kelakar.Sambil aku bercerita,Aisya,Anierah dan Aqila menghabiskan bekal ku.Habis aku lapar!Nasib baik diorang ni ak jahat sangat bagi bekal diorang kat aku.Haha The Best Moment Ever.Sayang korang untill Jannah!"

"Aqila,4 September 2009
Sekarang kitorang sangat busy Em haha Kelas sana sini tak kira masa.Maklumlah,peperiksaan UPSR semakin hampir.Azam kami bersama,berjaya di dunia dan akhirat.Masing-masing ingin mendapat 5A.Sekolah yang kami mohon pun semua sama.Niat nak sekolah di sekolah yang sama.Tapi Aisya,dia akan pindah ke Perlis tahun hadapan.Tinggal lah kami bertiga.Selepas ini tiadah nasihat yang berguna untuk digunakan bersama.Tiada lagi lah cerita 'Barbie' yang akan didengar selepas ini.Em Tak apa.Email ada dapatlah kita selalu contact.Ya Allah Aku sayang mereka seperti mana aku sayang teddy bear aku yang banyak-banyak tu hehe.Muaaahh Lap you!"

Aqila!!!Haha Kelakar lah dia ni.Penyeri kami bersama.Entah tiba-tiba hati aku tergerak untuk membaca sehelai lagi kertas itu.Aisya.Surat Aisya.

"Aisya, 25 Oktober 2009
Pagi tadi,kami baru mendapat keputusan.Ya.Aku,Faeza dan Aqila mendapat 5A manakala Anierah hanya mendapat 4A 1B.Tapi dia tidak menangis kerana memang kami sudah berjanji untuk senyum walau apa pun keputusan yang diterima.Walaubagaimanapun,kami semua mendapat sekolah Sains di Johor.Tapi,mungkin aku tidak akan dapat pergi kesekolah itu.Aku perlu menjalani kemeoterapi di Perlis.Canser paru-paru yang aku hadapi semakin melarat.Aku sudah tidak dapat bertahan.Aku tidak sanggup untuk membuka cerita kepada mereka.Takut mereka sedih terhadap keadaan ku yang sebenar.Tak apalah.Mungkin suatu hari nanti,bila mereka membaca surat ini,mereka akan tahu keadaan aku yang sebenar.Kawan,maafkan aku kerana tidak berceritakan hal ini kepada kau.Aku takut kawan.Takut kalian merasakan yang kalian akan kehilangan ku.Maafkan aku sekali lagi.

Sahabatmu-Aisya 25 Oktober 2009"

Ya Allah seperti terkena petir aku rasakan.Aisya menghidap canser?Mengapa selama ini aku tidak perasan yang dia sakit?Jadi dia meninggal bukan kerana kemalangan?

"Ya Allah Ujian apakah ini Ya Allah.Aisya meninggal 3 tahun yang dulu tapi baru sekarang aku mengetahui perkara ini." Gumam hati ku.Sakit.

"Memang betul Aisya accident.Waktu tu keadaan dia sudah melarat.Dia sakit.Dia pengsan ketika itu.Selepas kemalangan tu,dia koma 4 bulan.Lepas 4 bulan dia tersedar 3 hari.AKu tak dapat bagitahu dengan kau sebab masa tu kau bercuti dengan family kau kat Hong Kong.Bila aku kat sana,Aisya tak bagi aku bagitahu kau pasal dia sakit.Dia kata kalau dia meninggal,cakap dengan kau yang dia accident.Dia paling rapat dengan kau.Dia sayang kau Nierah."

Aku terdengar suara Faeza.Sungguh inikah kebenarannya ?Sayangkah Aisya kepadaku?Aku fikir,aku sahaja yang sayang dia seorang rupanya dia pon sama.

"Sekarang ni Aqila pergi melawat kubur Aisya kat KL.Dia mula-mula nak ajak kau tapi sebab pagi tadi..."

Aku mendakap Aqila.Air matu ku jatuh menitis."Faeza aku mintak maaf Faeza.Aku jadi macam ni sebab aku rindu Aisya.Aku sayang dia.Dia lah segalanya bagi aku.Lepas dia tak ada,aku tak tahu nak cerita kat siapa lagi rahsia aku.Siapa aku suka.Aku lupa aku ada kau dengan Aqila" Semakin kuat pelukan ku.Semakin laju juga air mata ku.Aku sedih.Selepas setahun aku tidak menangis perkara ini,kini aku menjadi manusia seperti dulu.Manusia yang tidak kuat.

Aku rindu Aisya.Aisya tahulah kamu bahawa aku selalu merindukan mu.Akan ku selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk mu.Akan ku selalu mengingatkan mu.Aisya.